Pada tahun 2019 Coway telah mendapat pengiktirafan tertinggi iaitu Asia Halal Brand Award (AHBA)
Beberapa bulan yang lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita 120 penapis tak halal yang didedahkan oleh Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mahyeddin Mohd Salleh.
Ini menimbulkan rasa tidak selesa pengguna Coway. Malah bakal pengguna Coway pun menjadi bimbang.

Ini isu yang penting. Jumlah 120 jenama ini juga sangat tinggi dan kita difahamkan ada lima syarikat pengeluar produk ini di Malaysia
KETUA Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Paduka Nadzim Johan
Soalan Lazim 1
Adakah mesin dan penapis/penulen air COWAY halal?
Alhamdulillah. Mesin penapis Coway Halal secara menyeluruh luar dan dalam.
Semenjak tahun 2010 lagi Coway telah bekerjasama dengan JAKIM dalam pengiktirafan Halalnya.
Menguatkan lagi komitmen ini Coway telah diiktiraf sebagai jenama dengan anugerah Asia Halal Brand dalam kategori terulung iaitu Heritage award.
Soalan Lazim 2
Sijil Halal Coway telah tamat tempoh. Mengapa ada penangguhan pembaharuannya?
Halal Hub Division, JAKIM
Hotline : 03-8892 5000
Application Umber : JAKIM-20191206-082902
Jika ada keraguan, boleh lah terus hubungi dengan nombor yang tertera dan rujukan seperti di atas.
Coway telah pun mematuhi piawaian Halal JAKIM dan semenjak 2010 Coway telah diiktiraf dengan pensijilan Halal.
Baru-baru ini JAKIM telah menyusun semula piawaiannya dan masih dalam proses mengeluarkan sijil dengan tarikh baharu sahaja. Usahlah ragu-ragu dengan komitmen Coway untuk membekalkan produk yang Halal. Malahan Coway merupakan pembuat sendiri dan tidak mengambil mana-mana OEM (Original Equipment Manufacturer) untuk produknya.
