Categories
Campaign

Covid19 Kempen Rasa Sayang Bebas Pandemik

Dipetik semula dari artikel yang diterbitkan di Berita Harian,

Coway sebarkan kasih sayang melalui kempen ‘Rasa Sayang’

KUALA LUMPUR: Coway memperkenalkan kempen ‘Rasa Sayang’ dengan lima perkhidmatan nilai tambah yang akan memanfaatkan pelanggan, mulai Jun 2020 dan seterusnya.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong, mengumumkan bahawa Coway akan menyediakan lima perkhidmatan nilai tambah yang bertujuan untuk ‘mengindahkan lagi kehidupan’ (Life-Changing) para pelanggannya melalui Perkhidmatan Penyelenggaraan, Perkhidmatan Penjagaan Tilam, Perkhidmatan Perancangan Kesihatan termasuk Pemasangan, Penempatan Semula dan Perkhidmatan Pembaikan Produk.

DISYORKAN UNTUK ANDA

“Sebagai syarikat penjagaan kesihatan dan gaya hidup serta peneraju teknologi udara bersih, Coway berusaha untuk menjadikan persekitaran kita lebih baik, bersih dan selamat, di mana jua sahaja kita berada. Apakah masa yang lebih tepat daripada sekarang untuk kita menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tambahan ini ketika kita memerangi pandemik global,” katanya.

Bagi pelanggan penulen air Coway, Coway akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ada.

Perkhidmatan Penyelenggaraan (Heart Service) akan memperlihatkan, Coway Lady dan Perkhidmatan Juruteknik menggunakan air pensterilan yang dihasilkan oleh alat Hi-Care 2.0 Coway, secara konvensional digunakan untuk membersih dan mensterilkan tangki air pelanggan serta bahagian lain dari penulen air.

Selain itu, ia juga untuk mensteril dan menghilangkan bau barang lain di isi rumah, dari papan pemotong dan alat makan hingga berus gigi serta beg kosmetik, untuk menambah ketenangan.

“Ini sangat penting kerana air yang disterilkan dapat menghilangkan 99,99% bakteria dan E-Coli, yang biasanya terdapat di permukaan ini,” kata Choi.

Bagi pelanggan Tilam Prime Series Coway, Juruteknik Homecare juga akan menggunakan cahaya ultra-ungu untuk mensterilkan objek termasuk alat elektronik, permukaan dan barang yang sering disentuh termasuk kunci, telefon pintar, dompet dan atas permintaan, di dalam ruang umum seperti ruang tamu serta bilik tidur.

Ini adalah perkhidmatan nilai tambah di atas perkhidmatan Penjagaan Tilam 7 Langkah Coway.

Juruteknik Homecare juga akan menyediakan Perkhidmatan Pembasmian Kuman Coway untuk membasmi kuman bilik tidur pelanggan!

Perkhidmatan Disinfektan Coway adalah perkhidmatan tambahan di atas Perkhidmatan Penjagaan Tilam Coway yang ada dan akan ditawarkan di Semenanjung Malaysia.

Pembasmi kuman yang digunakan, terdiri daripada empat bahan aktif: Nano Silver (Ag), Sodium Hypochlorite (NaOCl), Hypochlorous Acid (HOCl) dan Benzalkonium Chloride (BKC) yang diiktiraf oleh US Environmental Protection Agency (USEPA).

Bahan aktif ini berkesan untuk meningkatkan keseluruhan kebersihan, untuk memerangi COVID-19 dan terbukti secara klinikal dapat membunuh 99.9% bakteria serta virus dan dapat melakukannya hanya dalam masa 10 saat.

“Kami ingin berusaha lebih jauh untuk pelanggan dengan membantu meningkatkan standard kebersihan rumah, memandangkan permintaan semakin meningkat sepanjang era normal baharu ini,” katanya.

Choi berkata, virus dan bakteria dapat mencemari udara dan berada berlama-lama di permukaan, sedangkan disinfektan rumah secara biasa hanya dapat memberikan perlindungan segera serta sementara.

Justeru, perkhidmatan pembasmian kuman sangat penting untuk membantu rumah tetap bersih dan sihat.

Pembasmi kuman bebas alkohol, tidak mudah terbakar, tidak menyebabkan kerengsaan kulit, dan juga mematuhi European Union’s Restriction of Hazardous Substances Directive (ROHS).

Ia selamat digunakan keluarga yang ada anak, ibu mengandung dan orang tua.

Pada masa sama, Juruteknik Coway yang membuat Pemasangan, Penempatan Semula dan Pembaikan Produk sentiasa dilengkapi dengan sarung tangan, pelitup muka dan menggunakan pembersih tangan, di samping mematuhi norma dengan memastikan penjarakan sosial yang ketat.

Sebagai langkah keselamatan tambahan, mereka akan memakai Peralatan Pelindung Diri (PPE) terutama di kawasan berisiko tinggi seperti hospital.

Secara kebetulan, Juruteknik Coway yang berdedikasi akan menyelenggara 300 pembersih udara yang disumbangkan oleh Coway kepada lebih 38 hospital awam di seluruh Malaysia yang merawat pesakit COVID-19.

Sumbangan itu bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia dan ia adalah salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat Coway ketika pandemik COVID-19.

Ketika Malaysia mula melonggarkan sekatan pergerakan dengan membuka kembali ekonomi, Coway berharap dapat membantu orang ramai tetap selamat dalam tempoh ini.

Oleh itu, pengunjung ke kios runcit Coway di pusat membeli-belah, masing-masing akan mendapat hadiah pembersih tangan percuma dan penutup litup tiga lapis dari Perancang Kesihatan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Coway, sila lawati www.coway.com.my

Categories
Uncategorized

Lombok III

New Air Purifier

Categories
Brand

Water purifying systems for drinking

Nak cabut paip mesin tapi tak pasti bagaimana?

Saya share videonya di sini ya.

Categories
Award Brand Halal

Pengiktirafan Halal

Pada tahun 2019 Coway telah mendapat pengiktirafan tertinggi iaitu Asia Halal Brand Award (AHBA)

Halal Inside-Out! Coway Malaysia is awarded the Best Halal Water Filtration System for Heritage Brands segment (exclusively for brands above 25 years) which judged by representatives from JAKIM, HDC, MITI and MATRADE! #TheBestWaterPurifierEver

Beberapa bulan yang lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita 120 penapis tak halal yang didedahkan oleh Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mahyeddin Mohd Salleh.

Ini menimbulkan rasa tidak selesa pengguna Coway. Malah bakal pengguna Coway pun menjadi bimbang.

Ini isu yang penting. Jumlah 120 jenama ini juga sangat tinggi dan kita difahamkan ada lima syarikat pengeluar produk ini di Malaysia

KETUA Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Paduka Nadzim Johan

Soalan Lazim 1

Adakah mesin dan penapis/penulen air COWAY halal?

Alhamdulillah. Mesin penapis Coway Halal secara menyeluruh luar dan dalam.

From outer cover to inner filters

Semenjak tahun 2010 lagi Coway telah bekerjasama dengan JAKIM dalam pengiktirafan Halalnya.

Menguatkan lagi komitmen ini Coway telah diiktiraf sebagai jenama dengan anugerah Asia Halal Brand dalam kategori terulung iaitu Heritage award.

Soalan Lazim 2

Sijil Halal Coway telah tamat tempoh. Mengapa ada penangguhan pembaharuannya?

Halal Hub Division, JAKIM
Hotline : 03-8892 5000
Application Umber : JAKIM-20191206-082902

Jika ada keraguan, boleh lah terus hubungi dengan nombor yang tertera dan rujukan seperti di atas.

Coway telah pun mematuhi piawaian Halal JAKIM dan semenjak 2010 Coway telah diiktiraf dengan pensijilan Halal.

Baru-baru ini JAKIM telah menyusun semula piawaiannya dan masih dalam proses mengeluarkan sijil dengan tarikh baharu sahaja. Usahlah ragu-ragu dengan komitmen Coway untuk membekalkan produk yang Halal. Malahan Coway merupakan pembuat sendiri dan tidak mengambil mana-mana OEM (Original Equipment Manufacturer) untuk produknya.